Andai aku jatuh cinta,
Kuharapkan Kau menjatuhkan aku pada yang mencintaiMu,
Lebih daripada diriku,
Kerana tika dia mencintaiMu,
Akan diturutkan perintahMu,
Yang langsungnya,
Membuatkan daku bergembira,
Bukan sahaja di dunia; tapi juga di sana,
Kekal selama-lamanya.
Sepanjang hayatku,
Aku menyelubungi diriku,
Dengan harapan jauh daripada tatapan,
Agar tidak tanpa ku tahu,
Dosa penuh mengisi buku,
Tika ini hanya Tuhan yang sahaja tahu,
Isi benar hatiku.
Sering datang satu persatu,
Bertanya kehendak yang mana satu,
Dari yang laki laki,
kepada si gadis cantik manis,
Tapi hati masih teguh,
Sesungguhnya janji Tuhan lebih pasti.
Tanpa segan silu aku mengaku,
Bahawa masih belum aku ingini,
Bukan bermakna hati tidak pernah berbolak,
Sedangkan pantai yang indah,
Dikunjungi ombak,
Namun percayaku pada Tuhan lebih teguh.
Aku yakin dan percaya,
Jodoh adalah cerminan diri,
Maka mencuba aku; menjaga dan mengubah diri,
Agar dapat menaikkan nilaiku berbanding kemarin,
Kerana Abah kata ;
"Mahu sesuatu yang indah perlu pengorbanan".
Ku harapkan sang jejaka yang bisa melindungi,
Sama ada Dunia mahupun selepasnya,
Dengan itu juga aku melindungi diri,
Dengan harapan dan doa,
Semoga dia juga berada di jalan sehaluanku.
Hubungan tanpa nikah bukan dalam diari hidup,
Aku tidak suka pada yang tidak pasti,
Tapi kata mereka; Dalam dunia ini tiada yang pasti,
Mungkin mereka lupa janji Sang Kebenaran,
Maka aku turutkan,
Meneruskan perjuangan melindungi maruah diri,
Semoga nanti ketika tiba masa loceng berbunyi,
Dia mengirimkan seorang bidadara,
Yang telah Dia jaga dengan cahaya keimanan,
Buat menyaluti diriku,
Membawa daku jauh berlayar di alam bahagia,
Hingga tiba ke destinasi Syurga.
Misi ini tidak mudah,
Banyak hati hati datang menyinggah,
Tapi doaku tidak berubah,
Moga Tuhan permudah,
Jalan menuju Jannah,
Bersama dia yang ku panggil Sayang.

Comments
Post a Comment