Skip to main content

Posts

Showing posts from July 25, 2021

Hati 4.0

  KOSONG Kini hatiku terasa kosong Tiada lagi perasaan berbunga Tiada lagi api marah yang membara Tiada lagi kesedihan melanda, Hati ku kosong Lenyap segala perasaan untuk ku gambar Umpama kosongnya Gurun Sahara Tanpa satu pun mahkluk bernyawa, Terus Ku fikir kenapa Adakah kerana terlalu lama menjauh Atau sebagai tanda menginjak dewasa Aku pun tertanya-tanya, Adakah ini nikmat ? Tuhan beri agar tidak aku jatuh berdosa Atau satu teguran dari Nya ? Supaya aku keluar melihat dunia, Kini cukup mendengar lagu cinta Aku tersenyum bahagia Tidak perlu permainan kosong Keluar daripada mulut para jejaka, Kini apa yang dulu ku definisi bahagia Menjadi sesuatu yang ku anggap semak Hendak ku campak jauh jauh Geram ia datang tidak dijemput, Sungguh aku rimas Apa yang ku harapkan hanyalah; Semoga yang benar tulus datang mengetuk hati Di saat aku sudah bersedia Kerana jauh sekali niat di dalam diri Untuk meyukai seseorang yang datang Tanpa niat meikahi Tapi perlu juga aku untuk bersedia dengan seg...