SERIBU TAHUN Pena ku hari ni, Ilham daripada sebuah lagu bertajuk " Seribu Langkah " Hati ingin berkata Tapi jari ku tidak dapat menaip sepatah pun kata Terdiam ku kelu Kehilangan bicara Hanya hati yang terus membuakkan rasa Kadang aku tertanya Bagaimana? Mengapa? Di mana? Banyak perkara terus bermain di minda Namun tetap tenang muka kelihatan Aku kecewa Tapi di sudut hati yang lain berbisik 'Jangan putus harapan' Kerana harapan adalah hadiah terindah Daripada Tuhan untuk hambaNya Tapi bukan sekadar begitu Perlu dihiasi dengan usaha dan doa Seperti sang gadis Sudah cantik Makin bertambah cantik dengan hiasan Masa terus berlalu Umur makin bertambah Namun aku masih di sini Dan perjalanan ini terasa amat berat Ditambah hasil yang kurang memuaskan Adakah kerana aku Yang kurang rasa syukur di hati Atau hakikatnya aku yang kurang usahanya Aku masih tidak pasti Masih lagi mencari Kaki terus melangkah Meneruskan kehidupan Mencari jawapan kepada seribu persoalan [seribu tahun]
Di sini aku mencoretkan kata hatiku