Skip to main content

Posts

Showing posts from July 11, 2021

Hati 2.0

TANDA TANYA Kadang aku sering bertanya, Bermonolog sendiri, Apakah rancangan Yang Maha Esa. Ada ketika aku buntu, Tiada arah hendak dituju, Tersepit di situ, Jatuh dalam lembah tanda tanya. Tidak pasti kemana arah tuju, Tiada lagi gambaran yang jelas, Adakah apa yang ku laku; benar? Atau semuanya hanya perangkap samar, Membawa aku ke jalan kesesatan, Aku tidak tahu, Maka aku serahkan jalan cerita hidup pada Yang Maha Tahu. Kerana tidak semua yang ku ingini, Adalah terbaik untuk aku, Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui; Masa depan yang jauh daripada pengetahuanku.                Tapi Dia; Tuhanku Yang Maha Penyayang, Tidak dibiarkan aku termangu mangu, Perlahan tirai disebalik latar diselak, Ditunjukkan hikmah segala kejadian. Kadang sekadar ujian, Tanda sayangNya merindui sujudku,  Yang telah lama ku tinggalkan, Kadang pula sekadar menguji, Tahap sabar dan ketaatan hambaNya. Namun manusia,  Bahkan tidak terkecuali daku, Makhluk jauh daripad...

Hati 1.0

CINTA Andai aku jatuh cinta, Kuharapkan Kau menjatuhkan aku pada yang mencintaiMu, Lebih daripada diriku, Kerana tika dia mencintaiMu, Akan diturutkan perintahMu, Yang langsungnya,  Membuatkan daku bergembira, Bukan sahaja di dunia; tapi juga di sana, Kekal selama-lamanya. Sepanjang hayatku, Aku menyelubungi diriku, Dengan harapan jauh daripada tatapan,  Agar tidak tanpa ku tahu, Dosa penuh mengisi buku, Tika ini hanya Tuhan yang sahaja tahu, Isi benar hatiku. Sering datang satu persatu, Bertanya kehendak yang mana satu, Dari yang laki laki, kepada si gadis cantik manis, Tapi hati masih teguh, Sesungguhnya janji Tuhan lebih pasti. Tanpa segan silu aku mengaku, Bahawa masih belum aku ingini, Bukan bermakna hati tidak pernah berbolak, Sedangkan pantai yang indah, Dikunjungi ombak, Namun percayaku pada Tuhan lebih teguh. Aku yakin dan percaya, Jodoh adalah cerminan diri, Maka mencuba aku; menjaga dan mengubah diri, Agar dapat menaikkan nilaiku berbanding kemarin, Kerana Abah kata...