TANDA TANYA
Kadang aku sering bertanya,
Bermonolog sendiri,
Bermonolog sendiri,
Apakah rancangan Yang Maha Esa.
Ada ketika aku buntu,
Tiada arah hendak dituju,
Tersepit di situ,
Jatuh dalam lembah tanda tanya.
Tidak pasti kemana arah tuju,
Tiada lagi gambaran yang jelas,
Adakah apa yang ku laku; benar?
Atau semuanya hanya perangkap samar,
Membawa aku ke jalan kesesatan,
Aku tidak tahu,
Maka aku serahkan jalan cerita hidup pada Yang Maha Tahu.
Kerana tidak semua yang ku ingini,
Adalah terbaik untuk aku,
Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui;
Masa depan yang jauh daripada pengetahuanku.
Tapi Dia; Tuhanku Yang Maha Penyayang,
Tidak dibiarkan aku termangu mangu,
Perlahan tirai disebalik latar diselak,
Ditunjukkan hikmah segala kejadian.
Kadang sekadar ujian,
Tanda sayangNya merindui sujudku,
Yang telah lama ku tinggalkan,
Kadang pula sekadar menguji,
Tahap sabar dan ketaatan hambaNya.
Namun manusia,
Bahkan tidak terkecuali daku,
Makhluk jauh daripada sempurna,
Mudah sekali melatah,
Menyalahkan takdir ditulis Tuhan.
Tapi perlahan lahan datang cahaya keimanan,
Memadam api kebencian,
Mencuba daku menerima hakikat ditulis Tuhan,
Seperti anak kecil merangkak di awal kehidupan.
Itu proses kita sebagai Hamba,
Menuju jalan Muslim-Mukmin-Muhsin,
Kuatlah wahai diri,
Teruskan mencuba untuk terus teguh percaya,
Pada semua takdirNya.
Lah Tahzan, Innallaha Ma'ana - Surah Taubah; 40
" Jangan bersedih. Sesungguhnya Allah bersama kita."
Comments
Post a Comment