Skip to main content

Hati 4.0

 
KOSONG

Kini hatiku terasa kosong
Tiada lagi perasaan berbunga
Tiada lagi api marah yang membara
Tiada lagi kesedihan melanda,


Hati ku kosong
Lenyap segala perasaan untuk ku gambar
Umpama kosongnya Gurun Sahara
Tanpa satu pun mahkluk bernyawa,

Terus Ku fikir kenapa
Adakah kerana terlalu lama menjauh
Atau sebagai tanda menginjak dewasa
Aku pun tertanya-tanya,

Adakah ini nikmat ?
Tuhan beri agar tidak aku jatuh berdosa
Atau satu teguran dari Nya ?
Supaya aku keluar melihat dunia,

Kini cukup mendengar lagu cinta
Aku tersenyum bahagia
Tidak perlu permainan kosong
Keluar daripada mulut para jejaka,

Kini apa yang dulu ku definisi bahagia
Menjadi sesuatu yang ku anggap semak
Hendak ku campak jauh jauh
Geram ia datang tidak dijemput,

Sungguh aku rimas
Apa yang ku harapkan hanyalah;
Semoga yang benar tulus datang mengetuk hati
Di saat aku sudah bersedia

Kerana jauh sekali niat di dalam diri
Untuk meyukai seseorang yang datang
Tanpa niat meikahi
Tapi perlu juga aku untuk bersedia dengan segalanya,

Apa yang aku perlu kini ada dua
Yang pertama aku;
Yang bersedia untuk berada dalam sebuah pernikahan
Kedua, Dia ;
Yang tulus datang menghulurkan cinta dengan lafaz Nikah.

Comments