SERIBU TAHUN
Pena ku hari ni,
Ilham daripada sebuah lagu bertajuk " Seribu Langkah "
Hati ingin berkata
Tapi jari ku tidak dapat menaip sepatah pun kata
Terdiam ku kelu
Kehilangan bicara
Hanya hati yang terus membuakkan rasa
Kadang aku tertanya
Bagaimana?
Mengapa?
Di mana?
Banyak perkara terus bermain di minda
Namun tetap tenang muka kelihatan
Aku kecewa
Tapi di sudut hati yang lain berbisik
'Jangan putus harapan'
Kerana harapan adalah hadiah terindah
Daripada Tuhan untuk hambaNya
Tapi bukan sekadar begitu
Perlu dihiasi dengan usaha dan doa
Seperti sang gadis
Sudah cantik
Makin bertambah cantik dengan hiasan
Masa terus berlalu
Umur makin bertambah
Namun aku masih di sini
Dan perjalanan ini terasa amat berat
Ditambah hasil yang kurang memuaskan
Adakah kerana aku
Yang kurang rasa syukur di hati
Atau hakikatnya aku yang kurang usahanya
Aku masih tidak pasti
Masih lagi mencari
Kaki terus melangkah
Meneruskan kehidupan
Mencari jawapan kepada seribu persoalan
[seribu tahun]

Comments
Post a Comment